Sunday, June 27, 2010

Tips Cantek Menarik Tertarik

Hye semua....!!
Oleh kerana aku sgtlah bosan, di pagi ari nie aku nk wat entry pasal 'tips kecantikan'..
hahaha...Sila gelak okeh sbb aku sndiri pon nak tergelak jugak..
Mcm laa pakar kecantikan nak bagi tips bagai di pagi2 ari nie...
Who cares??Aku nak jugak bagi..hehe

Lets check it out.......

1st - Pastikan mendapat tido yg cukup ye..Slalunya org cakap tido 6 - 8 jam sehari..Tapi untuk student cam kitorg nie mana nak dapat tido sebanyak tu..Mcm skarang dah pukul 3, 4 pagi pon blom tido lg kerana gigih menyiapkan entry ini...haha..(sapa suroh buat entry tyme nie kan)..Tapi seboleh-bolehnya get enough sleep so that mata u oll tak macam panda...hehe

2nd - Minum air dengan banyak..Air mineral atau air putih yang kat rumah u oll tue TAPI bukan air coke,kopi,laici atau laen-laen air yg tak sihat ye..

3rd - Makan dgn secukupnya..Tapi jgn overeat lak..Berhenti sebelum kenyang..Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap..Pastikan mengikut piramid makanan okeh..hehe..Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan kerana mereka sgt sedapp..(oopps,mereka??)

4th - Kalo boleh sebelum tido pastikan muka di bersihkan dari sgala bagai make up..Penting ye..Pada waktu malam kulit juga perlu bernafas..So rajin-rajin lah cuci muka sebersih-bersihnya sebelum masuk tido..

5th - Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,30 minit setiap kali..(Ni laa yg aku payah sekali nak buat)..Tapi kalo malas nak pegi joging, just jalan2 keliling rumah pon da cukup..Elakkan guna lif tapi guna lah tangga..Salah satu senaman.

6th -
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa..Tak semestinya di salun..Kita juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah..Lebih berbaloi-baloi..

7th - Jangan merokok!Sebab sekarang da ramai gurl yang merokok..Sesetengah org cakap merokok boleh menguruskan badan..Fake okeh..Merokok sangat2 lah berbahaya..Merosakkan hati,hempedu,hantung,limpa,urat saraf dan segalanya..(kalo doc baca konfem kna sound nie..hehe)

8th - Ambil masa untuk tenangkan fikiran..Kalo weekend bole lepak-lepak dengan kawan2 or family kat mana2 taman rekreasi..Bole mengelakkan stress and automatik lupa segala masalah..Plus bole eratkan lagi silaturrahim..

Sebenarnya banyak lagi tips untuk kita nampak cantik..Tapi nak list kan 8 ni dulu..
Sila ikot ye..(pesan untuk diri sendiri jugak)
Hopefully, suma org akan kelihatan cantik menarik da bomb..hehe..




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails