Friday, October 22, 2010

Hati-hati dengan sos spaghetti prego

Salam semua..
Petang nih nak share sket pasal benda yg aku baca kat notes fb smalam..
Walaupon maybe ramai yg dah tau kan..
Tapi nak jugak aku paste kat sini..
Aku copy sejibik ye..

********************************************************
Selamat pagi semua.

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang
digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.
Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan
mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun
masakkanlah.

Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi
daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab
rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal
makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan
pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms
tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat
botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO
made in USA .
Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam
orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla,
bla-bla....... pork minced meat!

Astaghfirullaahal aziim............... saya masak speghetti dan saucenya
mengandungi ****. Yang dah termakan **** semuanya terperanjat! Yang nak
diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana
mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang.
Yang tertelan spegetti **** terludah-ludah kesal tak sudah.
Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum
membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging
****................ kata orang tua-tua mimpi makan daging **** nak dapat
REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak
dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. ASTAGHFIRULLAAHAL
AZIIM.

Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang
termakan ****...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Tobat
nak masak spegetti lagi..


*********************************************************

Sebagai peringatan untuk kita semua..
Semua org pon tau kan sos prego nih..
So, kalau dah tau tue sebarkan dan elakkan..
Wallahu'alam..

Babai!

6 comments:

Razif Radzi said...

saya tgk ingredient kat botol takde pon pork minced meat.. ade certain2 perasa ke?

Nana Farhana said...

tue laa..certain2 je kot..
tp hati2 lahh..
produk pon from usa kan

CIK TOM said...

ye ke yunk??suka gak makan kuah spagetti pregi ni...pasni kena boikot la..thanks for de info yunk!

Nana Farhana said...

yela syg..
pasni kta blaja wat kuah spgeti sndirik ek..=)

totoromalas said...

dulu pun selalu guna sos prego yg traditional tu... tp abah kata xde tanda halal so kitorg skrg dh x pakai sos dlm botol. kalo nak mkn jugak belilah yg dlm tin. tp kalo nak guna tomato puree tu pakai kimball je, sdp jgk

Nana Farhana said...

tue laa pasal..
takot jugak kan nk pakai sbb tanda halal 2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails